HEM
PROGRAM 5 MINIT KESEDARAN KESELAMATAN SEKOLAH
Program 5 minit Kesedaran Keselamatan Sekolah telah disampaikan oleh En. Ramlee bin Abdul Hamid iaitu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di dalam Perhimpunan Rasmi Sekolah pada hari Isnin (11 Mei 2026) merangkumi isu buli, sahsiah & adab,gangguan seksual,keselamatan murid dalam dan luar kawasan sekolah serta isu-isu semasa yang berlaku melibatkan murid sekolah. Program 5 minit…
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI & SILANG BUDAYA 2026
Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah telah diadakan pada 03 April 2026 (Jumaat) bagi menyemarakkan semangat ukhuwah, kasih sayang dan perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Program ini memberi peluang kepada murid dan guru untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri dalam suasana yang ceria, harmoni dan penuh kemesraan.Melalui sambutan ini, nilai-nilai murni seperti bermaafan, hormat-menghormati, bekerjasama serta kesyukuran…
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM & KEMPEN GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SMK JELAI 2026
Majlis Pelancaran Program NILAM dan Kempen Galakan Membaca peringkat SMK Jelai 2026 telah dilaksanakan oleh Unit Pusat Sumber SMK Jelai pada : Tarikh: 27 Februari 2026 Masa : 9.45 pagi Tempat : Dewan Al-Falah SMK Jelai Perasmian Program NILAM dan Kempen Galakan Membaca 2026 telah disempurnakan oleh Encik Mohd Rizwan bin Muhammad Yusof, Penolong Pengarah…
MAJLIS BACAAN YASIN & TAHLIL SERTA PELANCARAN IHYA’ RAMADAN KAREEM PERINGKAT SMK JELAI 1447H/2026
Majlis Bacaan Yasin & Tahlil diketui oleh Ustaz Syed Mohd Salim bin Syed Aqil dan Pelancaran Ihya’Ramadan Kareem 1447h/2026 Peringkat SMK Jelai Kuala Pilah telah berlangsung pada hari Isnin, 23 Februari 2026 bertempat di Dewan Al-Falah.
PROGRAM PENETAPAN TARGET & MENTOR MENTEE SPM 2026
Program Penetapan Target dan Mentor Mentee SPM 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan aktif warga sekolah serta sokongan padu ibu bapa. Kehadiran ibu bapa amat memberangsangkan dan mencerminkan komitmen tinggi terhadap kecemerlangan akademik anak-anak. Program ini bertujuan menetapkan hala tuju pencapaian murid secara lebih fokus melalui bimbingan berterusan, pemantauan sistematik dan kerjasama strategik antara guru,…
PROGRAM AMALAN PENYAYANG SEMPENA HARI PERTAMA SEKOLAH 2026
Program Amalan Penyayang sempena hari pertama persekolahan tahun 2026 (12 Januari 2026). YDP PIBG dan Pegawai Perhubungan Sekolah turut hadir bersama menyambut kehadiran murid dan perhimpunan rasmi sekolah. .
PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2026
Pendaftaran Tingkatan 1 dan Asrama 2026 Tarikh : 11 Januari 2026 Tempat : Dewan Al Falah SMK Jelai Kuala Pilah
Majlis Bacaan Yasin dan Restu Ilmu SPM 2025
Bagi menyuntik semangat serta memberi keberkatan ilmu kepada para calon SPM 2025, pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah menganjurkan Program Bacaan Yasin dan Restu Ilmu. Tujuan utama program ini adalah: Mendoakan kesejahteraan dan kejayaan pelajar Tingkatan 5 dalam peperiksaan SPM. Memberi peluang pelajar memohon restu dan doa daripada ibu bapa…
- 1
- 2
