Kurikulum
KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN DAERAH KUALA PILAH TAHUN 2026
Program Kolokium Kajian Tindakan Peringkat Daerah Kuala Pilah Tahun 2026 merupakan platform pembangunan profesional guru yang bertujuan meningkatkan kompetensi dalam pelaksanaan, pembentangan dan perkongsian Kajian Tindakan dalam kalangan guru di Kuala Pilah. Program ini menggalakkan budaya inovasi, kolaborasi dan dokumentasi amalan terbaik bagi memperkasa kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta meningkatkan kecemerlangan pendidikan di sekolah….
KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2026
Program Kolokium Kajian Tindakan Peringkat SMK Jelai Kuala Pilah Tahun 2026 merupakan platform pembangunan profesional guru yang bertujuan meningkatkan kompetensi dalam pelaksanaan, pembentangan dan perkongsian Kajian Tindakan. Program ini menggalakkan budaya inovasi, kolaborasi dan dokumentasi amalan terbaik bagi memperkasa kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta meningkatkan kecemerlangan pendidikan di sekolah. Pelaksanaan: 7 & 9 Julai…
PERJUMPAAN TIGA PENJURU UPSA 2026
Perjumpaan Dialog 3 Penjuru – Ujian Pertengahan Sesi Akademik 2026 merupakan satu platform yang menghimpunkan guru, ibu bapa dan murid Tingkatan 1 hingga 5 bagi membincangkan perkembangan akademik, sahsiah serta kehadiran murid. Program ini memperkukuh jalinan kerjasama antara sekolah dan ibu bapa dalam merancang tindakan susulan demi meningkatkan kecemerlangan murid. Tarikh: 3 Julai 2026 | …
PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU SPM 2026 SIRI 1
PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU SPM 2026 (SIRI 1) 19-20 Jun 2026 | Jumaat-Sabtu | SMK Jelai Kuala Pilah Program Perkampungan Ilmu SPM 2026 Siri 1 telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Siri 1 kali ini berfokus pada matapelajaran elektif. Pengisian aktiviti adalah pelaksanaan kerja kursus, bengkel teknik menjawab diikuti dengan slot kerohanian dan ceramah motivasi…
KARNIVAL STEM PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2026
Karnival STEM Peringkat Negeri Sembilan 2026 merupakan program yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan bagi memupuk minat, kreativiti dan inovasi murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Karnival ini menjadi platform untuk murid mempamerkan bakat, berkongsi idea serta mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi melalui pelbagai…
MAJLIS PENGUMUMAN DAN PENYERAHAN KEPUTUSAN SPM 2025
Majlis Pengumuman dan Penyerahan Keputusan SPM 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Mac 2026 (Selasa) bertempat di Dewan Al-Falah. Majlis ini diadakan bagi menyampaikan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada para calon serta sebagai tanda penghargaan atas usaha dan pencapaian mereka. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon SPM 2025. Semoga kejayaan ini menjadi…
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM & KEMPEN GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SMK JELAI 2026
Majlis Pelancaran Program NILAM dan Kempen Galakan Membaca peringkat SMK Jelai 2026 telah dilaksanakan oleh Unit Pusat Sumber SMK Jelai pada : Tarikh: 27 Februari 2026 Masa : 9.45 pagi Tempat : Dewan Al-Falah SMK Jelai Perasmian Program NILAM dan Kempen Galakan Membaca 2026 telah disempurnakan oleh Encik Mohd Rizwan bin Muhammad Yusof, Penolong Pengarah…
PROGRAM PEMERKASAAN KEMAHIRAN MBPK KVS ASAS PASTRI SMK JELAI
Program Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS) Asas Pastri merupakan satu platform penting dalam melahirkan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang mempunyai kemahiran asas dalam bidang kulinari khususnya pastri. Seiring dengan keperluan industri makanan dan minuman yang semakin berkembang, pemerkasaan kemahiran murid perlu dilaksanakan secara sistematik dan berfokus agar murid dapat menguasai kemahiran praktikal, pengetahuan teori serta…
