KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KUALA PILAH TAHUN 2026

 

Kejohanan Olahraga Peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Kuala Pilah merupakan salah satu program sukan yang dianjurkan bagi mencungkil dan mengembangkan bakat murid dalam bidang olahraga. Kejohanan ini menghimpunkan atlet-atlet sekolah di sekitar daerah Kuala Pilah untuk bersaing secara sihat dalam pelbagai acara olahraga seperti larian, lompat dan balingan.
TARIKH KEJOHANAN
4 HINGGA 7 OGOS 2026 (DI SMK JUASSEH)
PENCAPAIAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KUALA PILAH
Kontinjen sekolah telah berjaya mengumpulkan 14 pingat keseluruhan, terdiri daripada:
🏆 5 PINGAT EMAS
  • 🥇 Lompat Tinggi L18
  • 🥇 Lontar Peluru P15
  • 🥇 Lempar Cakera P15
  • 🥇 200 Meter L15
  • 🥇 Lontar Peluru P18

🥈 3 PINGAT PERAK

  • 🥈 Lontar Peluru P15
  • 🥈 Lontar Peluru L18
  • 🥈 100 Meter L15

🥉 6 PINGAT GANGSA

  • 🥉 Lompat Tinggi L18
  • 🥉 4 × 400 Meter L18
  • 🥉 Lompat Tinggi P15
  • 🥉 Rejam Lembing P15
  • 🥉 110 Meter Berpagar L18
  • 🥉 800 Meter L15

Syabas dan tahniah kepada semua atlet, guru pembimbing serta pihak yang telah memberikan sokongan dan komitmen dalam merealisasikan kejayaan ini.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *