admin

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KUALA PILAH TAHUN 2026

  Kejohanan Olahraga Peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Kuala Pilah merupakan salah satu program sukan yang dianjurkan bagi mencungkil dan mengembangkan bakat murid dalam bidang olahraga. Kejohanan ini menghimpunkan atlet-atlet sekolah di sekitar daerah Kuala Pilah untuk bersaing secara sihat dalam pelbagai acara olahraga seperti larian, lompat dan balingan. TARIKH KEJOHANAN 4 HINGGA 7…

Terokai Lagi

PERJUMPAAN TIGA PENJURU UPSA 2026

Perjumpaan Dialog 3 Penjuru – Ujian Pertengahan Sesi Akademik 2026 merupakan satu platform yang menghimpunkan guru, ibu bapa dan murid Tingkatan 1 hingga 5 bagi membincangkan perkembangan akademik, sahsiah serta kehadiran murid. Program ini memperkukuh jalinan kerjasama antara sekolah dan ibu bapa dalam merancang tindakan susulan demi meningkatkan kecemerlangan murid. Tarikh: 3 Julai 2026  | …

Terokai Lagi

KARNIVAL STEM PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2026

Karnival STEM Peringkat Negeri Sembilan 2026 merupakan program yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan bagi memupuk minat, kreativiti dan inovasi murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Karnival ini menjadi platform untuk murid mempamerkan bakat, berkongsi idea serta mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi melalui pelbagai…

Terokai Lagi

KARNIVAL PENGAKAP NEGERI SEMBILAN TAHUN (KARPENES) 2026

Unit Pengakap SMK Jelai telah menghantar 8 orang murid ke Karnival Pengakap Negeri Sembilan (KARPENES) 2026 yang diadakan di Dewan Arena Tampin. Program tersebut berlangsung pada 20 Mei 2026 (Rabu) dan disertai oleh 1200 orang pengakap daripada seluruh daerah di Negeri Sembilan. Terdapat 5 acara yang telah dipertandingkan iaitu mewarna batik, kraftangan,kemahiran pengakap iaitu projek…

Terokai Lagi

PROGRAM 5 MINIT KESEDARAN KESELAMATAN SEKOLAH

Program 5 minit Kesedaran Keselamatan Sekolah telah disampaikan oleh En. Ramlee bin Abdul Hamid iaitu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di dalam Perhimpunan Rasmi Sekolah pada hari Isnin (11 Mei 2026) merangkumi isu buli, sahsiah & adab,gangguan seksual,keselamatan murid dalam dan luar kawasan sekolah serta isu-isu semasa yang berlaku melibatkan murid sekolah. Program 5 minit…

Terokai Lagi

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG TAHUN 2025

Majlis Anugerah Cemerlang Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh gemilang pada 15 April 2026 (Rabu) bertempat di Dewan Al-Falah, SMK Jelai, Kuala Pilah, dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Shukri bin Zainuddin, selaku wakil kepada YB Dato’ Haji Adnan bin Abu Hassan. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada…

Terokai Lagi

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI & SILANG BUDAYA 2026

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah telah diadakan pada 03 April 2026 (Jumaat) bagi menyemarakkan semangat ukhuwah, kasih sayang dan perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Program ini memberi peluang kepada murid dan guru untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri dalam suasana yang ceria, harmoni dan penuh kemesraan.Melalui sambutan ini, nilai-nilai murni seperti bermaafan, hormat-menghormati, bekerjasama serta kesyukuran…

Terokai Lagi