Program 5 minit Kesedaran Keselamatan Sekolah telah disampaikan oleh En. Ramlee bin Abdul Hamid iaitu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di dalam Perhimpunan Rasmi Sekolah pada hari Isnin (11 Mei 2026) merangkumi isu buli, sahsiah & adab,gangguan seksual,keselamatan murid dalam dan luar kawasan sekolah serta isu-isu semasa yang berlaku melibatkan murid sekolah.
Program 5 minit Kesedaran Keselamatan Sekolah ini bertujuan untuk:
- Kepimpinan sekolah yang responsif dan proaktif
- Kesejahteraan dan keselamatan murid sebagai keutamaan
- Pemantauan disiplin dan pengurusan murid secara berterusan
- Tindakan segera terhadap isu yang dibangkitkan
