Bagi menyuntik semangat serta memberi keberkatan ilmu kepada para calon SPM 2025, pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah menganjurkan Program Bacaan Yasin dan Restu Ilmu.
Tujuan utama program ini adalah:
Mendoakan kesejahteraan dan kejayaan pelajar Tingkatan 5 dalam peperiksaan SPM.
Memberi peluang pelajar memohon restu dan doa daripada ibu bapa serta guru.
Mengukuhkan hubungan silaturrahim antara pihak sekolah, ibu bapa dan pelajar.
📌 Acara tambahan:
Majlis turut diserikan dengan Penyampaian Keputusan Percubaan SPM kepada semua pelajar Tingkatan 5.
