Karnival STEM Peringkat Negeri Sembilan 2026 merupakan program yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan bagi memupuk minat, kreativiti dan inovasi murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Karnival ini menjadi platform untuk murid mempamerkan bakat, berkongsi idea serta mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi melalui pelbagai pertandingan dan aktiviti STEM.
Karnival STEM berlangsung selama 3 hari iaitu pada 23 hingga 25 Jun 2026 bertempat di SMK Jelai Kuala Pilah manakala Majlis Perasmian Penutupan Karnival STEM telah diadakan pada 25 Jun 2026 (Khamis) di Dewan Al-Falah, SMK Jelai Kuala Pilah dari 2.00 petang hingga 5.00 petang. Majlis ini disempurnakan oleh Puan Khalidah Binti Haji Omar, D.P.T, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.
Secara keseluruhannya, karnival ini berjaya mencapai objektif dalam memperkasakan pendidikan STEM, melahirkan murid yang kreatif, inovatif dan berdaya saing serta menyokong aspirasi negara ke arah pembangunan modal insan yang berkualiti dan celik teknologi. Program ini diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan bagi meningkatkan lagi penyertaan dan kecemerlangan murid dalam bidang STEM
KARNIVAL STEM PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2026
