Majlis Anugerah Cemerlang Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh gemilang pada 15 April 2026 (Rabu) bertempat di Dewan Al-Falah, SMK Jelai, Kuala Pilah, dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Shukri bin Zainuddin, selaku wakil kepada YB Dato’ Haji Adnan bin Abu Hassan.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah atas pencapaian cemerlang yang membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
Ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
🌟 “Kecemerlangan Hari Ini, Kejayaan Masa Hadapan” 🌟
