MOTTO SEKOLAH
Ilmu Untuk Amalan
VISI SEKOLAH
Menjadikan SMK Jelai, Kuala Pilah sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Harian Luar Bandar Terbaik di Negeri Sembilan menjelang tahun 2030.
MISI SEKOLAH
-
Mencapai 100% kelulusan dalam SPM dengan sekurang-kurangnya 30% pelajar mendapat semua A.
-
Mencapai sifar kes salah laku disiplin.
-
Menguasai 100% pembestarian dalam pentadbiran sekolah.
-
Meraih kejayaan cemerlang dalam kokurikulum di peringkat daerah dan negeri.
-
Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif dan efisien.
-
Menjadi Johan Anugerah Asrama Terbilang peringkat negeri.
-
Menghasilkan 60% pelajar aliran Sains dan 40% pelajar aliran Sastera.
-
Mencapai 100% pelajar yang bersahsiah cemerlang serta mengamalkan nilai-nilai murni yang terpuji.
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga SMK Jelai dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan:
-
Memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
-
Memahami dan berusaha mencapai Visi dan Misi Sekolah.
-
Memelihara serta mempertingkatkan imej Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
-
Melaksanakan pengurusan pentadbiran yang sistematik dan telus.
-
Mengaplikasikan pengurusan serta pelaksanaan aktiviti akademik secara efektif dan inovatif.
-
Menjana sahsiah dan budi pekerti pelajar secara berterusan bagi melahirkan pelajar yang berketerampilan.
-
Melibatkan pelajar secara aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri dan daya juang yang tinggi, di samping mengamalkan cara hidup yang sihat dan berfaedah.
-
Mewujudkan iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif, bersih dan ceria.
