November 2025
SPM 2025..Teruskan perjuangan !!
Majlis Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Hajat dan bacaan Surah Yasin calon SPM SMKJKP 2025 bersama Pihak Pengurusan SMKJKP. Amanat Tuan Pengetua, Pn Norhidah bt Mat Nor dan penyerahan Exam Kit sumbanagan Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datok Hj Adnan bin Hj Abu Hassan serta cenderahati daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling.
PROGRAM MENAWAN PUNCAK SPM: “STRATEGI DAN KEYAKINAN” TAHUN 2025
Program ini dijalankan khusus untuk semua calon SPM 2025 selepas Percubaan SPM 2025 bagi memperbaiki prestasi serta meningkatkan motivasi ke arah SPM sebenar yang bakal menjelang tiba. OBJEKTIF PROGRAM Menyediakan pelajar SPM supaya lebih komited dan berkeupayaan dalam menghadapi peperiksaan dalaman dan peperiksaan awam. Mempertingkatkan nilai jati diri pelajar SPM dalam menghadapi cabaran meneruskan pembelajaran…
