Program Literasi Digital dan Peluncuran Rak Maya SMK Jelai Kuala Pilah 2025 merupakan satu inisiatif sekolah dalam memperkukuh budaya membaca digital serta memperkenalkan kemudahan Rak Maya sebagai platform bahan bacaan interaktif. Program ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran literasi digital dalam kalangan murid dan warga sekolah seiring dengan perkembangan teknologi pendidikan semasa.
Antara Objektif Program ini ialah
-
Memberi pendedahan kepada murid tentang konsep literasi digital dan penggunaan bahan bacaan digital.
-
Memperkenalkan platform Rak Maya sebagai sumber bacaan alternatif di sekolah.
-
Membangunkan budaya membaca yang lebih dinamik dan berteknologi dalam kalangan warga sekolah.
-
Menggalakkan kerjasama antara pihak sekolah dan agensi luar dalam mempromosi bahan bacaan digital.
Secara keseluruhannya, program Literasi Digital dan Peluncuran Rak Maya SMK Jelai Kuala Pilah 2025 telah berlangsung dengan jayanya. Diharapkan agar usaha ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi melahirkan generasi celik digital dan berbudaya membaca tinggi.
Disediakan oleh:
Unit Pusat Sumber Sekolah (PSS)
SMK Jelai Kuala Pilah
Tarikh: 9 Oktober 2025
