KEJOHANAN PADANG & BALAPAN SMK JELAI KUALA PILAH KALI KE-41/2026

Kejohanan Balapan dan Padang SMK Jelai Kuala Pilah telah berlangsung dengan meriah dan jayanya pada 08 Februari 2026 (Ahad) yang lepas. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Justeru, pihak sekolah sebagai Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Balapan dan Padang SMK Jelai Kuala Pilah Kali Ke-41 Tahun 2026 dengan penuh takzim dan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada wakil PPDKP,Warga SMK Jelai Kuala Pilah,Persatuan Ibu Bapa serta para penyumbang atas kehadiran, sorakan semangat dan penglibatan yang menghidupkan suasana di padang serta kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *